Selasa, 27 Disember 2011

Kacang kuda goreng cili

Taraaa...menjadi juga sudahnya. Punya teringin tiba-tiba tekak nak makan kacang kuda rebus. Beli sebungkus kacang mentah di NSK. Rendam dulu semalaman,bila rebus cepat empuk. Lepas tu tengok banyak la pulak,jadi buat pulak kacang kuda goreng cili dengan karapolei atau nama terkenal daun kari.

Khamis, 15 Disember 2011

Kem Insaniah Atfal

Hari ni Khamis 16 Dis 2011. Lega sungguh Najmi.Tamat sudah kursus bidan terjun selama 4 hari. Bidan terjun kerana keterlibatan bongsu atas dasar keterpaksaan. Muncungnya sedepa dengan mulut mengomel macam ikan baung. Apa tidaknya. Ibu telah mendaftar bongsu tanpa rela.

Kisahnya,hari Isnin lepas. Macam hari-hari biasa sepanjang cuti sekolah ni,aku hantar si bongsu ni pergi mengaji Quran dengan ustaz di Masjid Hidayah,Taman Melawati. Walaupun si bongsu dah khatam tahun lepas,tapi aku tak mahu dia leka,asyik nak main komputer game je.

Sebut dah khatam ni buat aku teringat kisah si bongsu ni ketika majlis khatam yang kami buat tahun lepas,18 Dis 2010. Hari tu ialah hari pernikahan kak long si bongsu. Majlis pernikahan tu aku adakan di Vila Ukhwah,Persiaran Titiwangsa. Jadi,sebelah pagi tu kami buat majlis khatam sekali. Kelakarnya si bongsu ni sangatlah pemalu orangnya(tak bertempat),dan majlis pun ala-ala meriah gitu, ada jurugambar-jurugambar profesional,ada juruvideo,ada kaum keluarga aku dari Kulim. Pendek kata amboi meriah sungguh,duduk pulak depan pelamin.(eh!dah melalut aku ni,takpe aku sambung kisah kat masjid tu lepas ni).

Semua bapa saudara,ayah si bongsu,sepupu-sepupu lelaki duduk sebaris bersedia untuk membaca diketuai oleh Pak Long. Tiba giliran si bongsu,dia tak mau baca,ayah pujuk-pujuk pun tak mau,sampai menanggis-nanggis. Adoi! Malu sungguh. Ada gambar waktu tu,tapi aku tak reti lagi nak masukkan gambar( saya budak baru belajar). Bila dah pandai nanti,boleh upload foto pulak.

Okay,balik kisah kat masjid tadi,hari tu aku hantar si bongsu dan sebelum balik aku pastikan yang Ustaz ada. Jadi,tunggu punya tunggu Ustaz tak tiba-tiba. Dalam pada tu nampak kat foyer masjid tu ramai budak-budak. Dah agak tentu ada majlis apa-apa. hampir saja kami nak balik bila nampak Ustaz datang. Baru Ustaz bagi tau yang dia terlibat dengan program masjid. Ustaz sarankan si bongsu masuk sekali. Tanpa banyak cakap aku pun terus pergi daftar. Bayar 65 rm. Tak tau apa program main daftar je,sebab aku bersangka baik. Ni kan program masjid tentu arahnya arah yang baik dan positif,bukan ka! Apa lagi,si bongsu punya angin dengan ibunya ni...hahahaha..habis la aku kena tahan hati dan perasaan dengan mogok dia.

Benar. Sepanjang 4 hari tu ada saja kerenah dan alasan.takder kawan la,tak belajar apa sangat la,dan seribu alasan untuk tak mau pergi. Akhirnya,meletus juga gunung berapi yang tidur sekian lama ni. Sudahnya,hari ketiga tu,aku cuba pancing dia. "pagi ni kita pergi lewat sikit la,tak payah riadah,ok" "eh,tak mau la,Jimi ketua kumpulan"

Ooo..baru tau,dia tak mau lewat sebab jadi ketua rupanya. Dalam protes-protes tu,boleh pulak nak jaga reputasi. Akhirnya,lepaslah dia dari siksa,mungkin! Dalam majlis tadi,kumpulan yang diketuai si bongsu menang pertandingan juga.Apa tah nama pertandingan tu,lupa pulak haih!

" Semoga Allah jadikan anakku ini dan anak-anak yang lain manusia yang semtiasa taat,soleh,beriman kepadaMu. Peliharalah kami semua di jalan yang Engkau redhoi" Amin!

Selasa, 13 Disember 2011

Kisah Kelas Harfiah Dewasa

Tempat: Masjid As-Sobirin,Lembah Keramat
Hari. : Selasa
Jam. : 2.00-3.00 petang

Kelas ini bermula pada 17.6.2008. Hari pertama punyalah ramai makcik dan pakcik yang hadir.Penuh semangat semuanya. Aku pun sama. Aku rasa ada kot lebih 60 orang semuanya. Yuran pada permulaan pun cuma rm20 saja. Ada juga bulan yang tak perlu bayar sebab duit berlebih kata "monitor" kelas,seorang cikgu pencen. Dan,seorang makcik yang juga cikgu pencen merangkap isteri "monitor" bertindak sebagai penyelaras kepada kumpulan makcik-makcik.

Kami bermula dengan Surah AlFatihah dan seterusnya Surah Al Baqarah. Pada setiap minggu pertama,cikgu akan mengajar hadis. Dan,minggu lain terjemahan di samping nahu. Selang sebulan mula luak orang,selang sebulan lagi makin surut dan sehingga hari ini yang tinggal pelajar asal cuma 10 orang,dan ada lebih kurang 6 orang pelajar baru. Sekarang yuran terpaksa dinaikkan ke rm30 seorang.

Paling menarik bagi aku ialah teknik mengajar oleh Ustaz. Aku ni dah la buta bahasa Arab,jawi pun setakat baca boleh la,dan tak pernah aku jumpa belajar bahasa yang sangat susah ni tanpa cikgu menggunakan papan tulis,tapi inilah kepayahan yang aku tempuhi selama 4 tahun ni. Alhamdulilah,biar buta namun ku redah jua,semoga Allah kuatkan semangat aku.

Oh ya,isteri "monitor" pun dah "hilang" dari kelas selepas 2 bulan sahaja. "monitor" masih ada lagi dan setia menjalankan tugas sukarelanya itu, Alhamdulilah.

Kelas tajwid Ustaz Sudirman sudah bermula

Hari ini 12.12.11,wah!cantik pulak susunan tarikh tu. Kelas tajwid bimbingan Ustaz Sudirman di Masjid AsSobbirin Lembah Keramat AU 5 telah bermula. Sebenarnya kelas dah bermula pada Isnin lepas,tapi aku tak dimaklumkan. Ustaz baru balik dari Surabaya selepas hampir 4 bulan balik kampungnya di sana. Memang rutinnya apabila Ramadhan,Ustaz akan balik Surabaya menemui keluarganya dan akan balik ke Malaysia pada hujung tahun.

Biasanya bila mula balik kelas mulalah aku merapu meraban nak jawab.Kelas Ustaz ni aku suka sebab bukannya setakat diajar hukum tajwid sahaja malah beliau juga turut mengajar ilmu sorof dan nahu. Kami diajar mengenal hukum kalimat,hukum irab,apa itu isim makrifat,isim munada' dan banyak lagi. Semuanya sangat asing bagi aku ni yang cuma kenal hukum mad asli sahaja sebelum ni.

Diam tak diam dah masuk tahun ke 4 pun.Tapi masih terkial-kial lagi.Menariknya apa yang aku belajar dengan ustaz ni boleh digunapakai semasa aku belajar Harfiah juga di masjid yang sama setiap hari Selasa. Kelas harfiah pun dah 4 tahun juga. Sekarang kami sudah sampai Surah AnNisa'. Reti dah sikit2 akan makna dalam AlQuran. Alhamdulilah,semoga Allah berikan aku kekuatan dan kesihatan tubuh badan juga istiqamah dalam menuntut ilmu ini sehingga tamat.

Ahad, 11 Disember 2011

Do a mohon Allah terima doa kita

Wahai Tuhan kami,terimalah daripada kami(Amal kami),sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami,sesungguhnya Engkaulah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang"

Sabtu, 10 Disember 2011

Doa mohon pengampunan

"wahai Tuhan kami,sesungguhnya kami telah beriman,oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami Dan peliharalah kami Dari azab neraka"
Alahai poyo sungguh aku ni,bengap ke apa,susah sangat nak update blog. Walau apa pun aku akan tetap buat sampai berjaya. Dah penat2 taip boleh hilang pulak tu,mana ghaib teks yang aku dah taip bagai nak rak. Hari ni 10 Disember 2011,bersamaan 14 Muharam. Baru je 10 Muharam berlalu,yang mengingatkan aku pada arwah bonda yang dikasihi. Lebih 3 tahun lalu,mak pergi untuk selama-lamanya. Hanya doa yang mampu dikirim buat ibuayah yang telah tiada.Ya Allah,ampuni Dan rahmatilah kedua ibubapaku.Kau luaskan dan terangkan kubur mereka serta tempatkan mereka di kalangan mereka yang soleh,Amin.