Selasa, 13 Disember 2011

Kelas tajwid Ustaz Sudirman sudah bermula

Hari ini 12.12.11,wah!cantik pulak susunan tarikh tu. Kelas tajwid bimbingan Ustaz Sudirman di Masjid AsSobbirin Lembah Keramat AU 5 telah bermula. Sebenarnya kelas dah bermula pada Isnin lepas,tapi aku tak dimaklumkan. Ustaz baru balik dari Surabaya selepas hampir 4 bulan balik kampungnya di sana. Memang rutinnya apabila Ramadhan,Ustaz akan balik Surabaya menemui keluarganya dan akan balik ke Malaysia pada hujung tahun.

Biasanya bila mula balik kelas mulalah aku merapu meraban nak jawab.Kelas Ustaz ni aku suka sebab bukannya setakat diajar hukum tajwid sahaja malah beliau juga turut mengajar ilmu sorof dan nahu. Kami diajar mengenal hukum kalimat,hukum irab,apa itu isim makrifat,isim munada' dan banyak lagi. Semuanya sangat asing bagi aku ni yang cuma kenal hukum mad asli sahaja sebelum ni.

Diam tak diam dah masuk tahun ke 4 pun.Tapi masih terkial-kial lagi.Menariknya apa yang aku belajar dengan ustaz ni boleh digunapakai semasa aku belajar Harfiah juga di masjid yang sama setiap hari Selasa. Kelas harfiah pun dah 4 tahun juga. Sekarang kami sudah sampai Surah AnNisa'. Reti dah sikit2 akan makna dalam AlQuran. Alhamdulilah,semoga Allah berikan aku kekuatan dan kesihatan tubuh badan juga istiqamah dalam menuntut ilmu ini sehingga tamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan