Selasa, 13 Disember 2011

Kisah Kelas Harfiah Dewasa

Tempat: Masjid As-Sobirin,Lembah Keramat
Hari. : Selasa
Jam. : 2.00-3.00 petang

Kelas ini bermula pada 17.6.2008. Hari pertama punyalah ramai makcik dan pakcik yang hadir.Penuh semangat semuanya. Aku pun sama. Aku rasa ada kot lebih 60 orang semuanya. Yuran pada permulaan pun cuma rm20 saja. Ada juga bulan yang tak perlu bayar sebab duit berlebih kata "monitor" kelas,seorang cikgu pencen. Dan,seorang makcik yang juga cikgu pencen merangkap isteri "monitor" bertindak sebagai penyelaras kepada kumpulan makcik-makcik.

Kami bermula dengan Surah AlFatihah dan seterusnya Surah Al Baqarah. Pada setiap minggu pertama,cikgu akan mengajar hadis. Dan,minggu lain terjemahan di samping nahu. Selang sebulan mula luak orang,selang sebulan lagi makin surut dan sehingga hari ini yang tinggal pelajar asal cuma 10 orang,dan ada lebih kurang 6 orang pelajar baru. Sekarang yuran terpaksa dinaikkan ke rm30 seorang.

Paling menarik bagi aku ialah teknik mengajar oleh Ustaz. Aku ni dah la buta bahasa Arab,jawi pun setakat baca boleh la,dan tak pernah aku jumpa belajar bahasa yang sangat susah ni tanpa cikgu menggunakan papan tulis,tapi inilah kepayahan yang aku tempuhi selama 4 tahun ni. Alhamdulilah,biar buta namun ku redah jua,semoga Allah kuatkan semangat aku.

Oh ya,isteri "monitor" pun dah "hilang" dari kelas selepas 2 bulan sahaja. "monitor" masih ada lagi dan setia menjalankan tugas sukarelanya itu, Alhamdulilah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan