Khamis, 15 Disember 2011

Kem Insaniah Atfal

Hari ni Khamis 16 Dis 2011. Lega sungguh Najmi.Tamat sudah kursus bidan terjun selama 4 hari. Bidan terjun kerana keterlibatan bongsu atas dasar keterpaksaan. Muncungnya sedepa dengan mulut mengomel macam ikan baung. Apa tidaknya. Ibu telah mendaftar bongsu tanpa rela.

Kisahnya,hari Isnin lepas. Macam hari-hari biasa sepanjang cuti sekolah ni,aku hantar si bongsu ni pergi mengaji Quran dengan ustaz di Masjid Hidayah,Taman Melawati. Walaupun si bongsu dah khatam tahun lepas,tapi aku tak mahu dia leka,asyik nak main komputer game je.

Sebut dah khatam ni buat aku teringat kisah si bongsu ni ketika majlis khatam yang kami buat tahun lepas,18 Dis 2010. Hari tu ialah hari pernikahan kak long si bongsu. Majlis pernikahan tu aku adakan di Vila Ukhwah,Persiaran Titiwangsa. Jadi,sebelah pagi tu kami buat majlis khatam sekali. Kelakarnya si bongsu ni sangatlah pemalu orangnya(tak bertempat),dan majlis pun ala-ala meriah gitu, ada jurugambar-jurugambar profesional,ada juruvideo,ada kaum keluarga aku dari Kulim. Pendek kata amboi meriah sungguh,duduk pulak depan pelamin.(eh!dah melalut aku ni,takpe aku sambung kisah kat masjid tu lepas ni).

Semua bapa saudara,ayah si bongsu,sepupu-sepupu lelaki duduk sebaris bersedia untuk membaca diketuai oleh Pak Long. Tiba giliran si bongsu,dia tak mau baca,ayah pujuk-pujuk pun tak mau,sampai menanggis-nanggis. Adoi! Malu sungguh. Ada gambar waktu tu,tapi aku tak reti lagi nak masukkan gambar( saya budak baru belajar). Bila dah pandai nanti,boleh upload foto pulak.

Okay,balik kisah kat masjid tadi,hari tu aku hantar si bongsu dan sebelum balik aku pastikan yang Ustaz ada. Jadi,tunggu punya tunggu Ustaz tak tiba-tiba. Dalam pada tu nampak kat foyer masjid tu ramai budak-budak. Dah agak tentu ada majlis apa-apa. hampir saja kami nak balik bila nampak Ustaz datang. Baru Ustaz bagi tau yang dia terlibat dengan program masjid. Ustaz sarankan si bongsu masuk sekali. Tanpa banyak cakap aku pun terus pergi daftar. Bayar 65 rm. Tak tau apa program main daftar je,sebab aku bersangka baik. Ni kan program masjid tentu arahnya arah yang baik dan positif,bukan ka! Apa lagi,si bongsu punya angin dengan ibunya ni...hahahaha..habis la aku kena tahan hati dan perasaan dengan mogok dia.

Benar. Sepanjang 4 hari tu ada saja kerenah dan alasan.takder kawan la,tak belajar apa sangat la,dan seribu alasan untuk tak mau pergi. Akhirnya,meletus juga gunung berapi yang tidur sekian lama ni. Sudahnya,hari ketiga tu,aku cuba pancing dia. "pagi ni kita pergi lewat sikit la,tak payah riadah,ok" "eh,tak mau la,Jimi ketua kumpulan"

Ooo..baru tau,dia tak mau lewat sebab jadi ketua rupanya. Dalam protes-protes tu,boleh pulak nak jaga reputasi. Akhirnya,lepaslah dia dari siksa,mungkin! Dalam majlis tadi,kumpulan yang diketuai si bongsu menang pertandingan juga.Apa tah nama pertandingan tu,lupa pulak haih!

" Semoga Allah jadikan anakku ini dan anak-anak yang lain manusia yang semtiasa taat,soleh,beriman kepadaMu. Peliharalah kami semua di jalan yang Engkau redhoi" Amin!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan